Thursday, 13 March 2014

Mari berfikir.....

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana masih menghidupkan kita.Dalam setiap kehidupan pasti ada rintangan,halangan dan pelbagai coretan suka dan duka yang sentiasa membayangi kita.Ingatlah dalam setiap  yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri yang mampu menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur kepada allah.Setiap ujian menandakan bahawa Allah sayangkan kita.Allah sentiasa bersama kita.Jika dahulu zaman nabi Musa a.s ketika menghadapi serangan daripada Firaun lakunatullahhi alaih,Baginda berkata kepada umatnya,jangan takut,Allah bersamaku tetapi apabila nabi Muhammad menghadapi dugaan ketika berada di dalam peristiwa hijrah bersama Abu bakar radiallah hu anhu,baginda berkata jangan takut Allah bersama kita.Allah menyanyangi kita semua kerana Umat Muhammad sahaja yang menjalankan usaha dakwah di muka bumi.Sentiasalah berwaspada akan apa yang melanda kita supaya tidak terjebak dengan sebarang ajaran lain yang mampu memesongkan kita.Banyakkan bersolat.berselawat,berzikir dan bertafakkur dengan ciptaan Allah yang maha hebat ini.Jom beramal.....

No comments:

Post a Comment